Wednesday 18 May 2011

Maksu Bertunang.. Semoga Ke Jinjang Pelamin...

Tanggal 15 Mei 2011 adik bongsu, Aisyah a.k.a Maksu selamat bertunang... Seronok sangat dan ini sedikit kenangan semasa majlis berlangsung... Asalnya nak buat secara ringkas, tetapi sepupu kami Kak Ija (Mak Andam class gitu..) sangat bermurah hati dalam menjadikan majlis pertunangan Maksu meriah dan berwarna warni... Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat dalam majlis pertunangan ini... Majlis ini InsyaAllah majlis terakhir dalam keluarga kami sebelum Majlis Persandingan yang dijadualkan pada September ini....

Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan hingga ke syurga.. Doa kami sekeluarga, semoga Maksu dan pasangannya diberi ketenangan, taufik dan hidayah serta bahagia di dunia dan akhirat....




Hantaran.... Digubah oleh Bonda Tercinta

Untuk hantaran nie.. Bonda tersayang yang gubah.. sampai semput-semput nak siapkan.. Cian bonda.... Gubahan tentunya mengikut warna kegemaran bonda laa.. Gold.... Hantaran 9 berbalas 7 dulang...

Hantaran telah siap digubah...

Sedapnyer....


Baju & Samping

Buah-buahan

Cokelat..oh cokelat...

Gula pemanis jiwa...

Teka..apa tu...

Sirih junjung... Masih tak buka kuntum tu....

Songkok..

Tuala...

Mini Pelamin


 Sesi Transform....

Ini pula.. bab solek-menyolek... Sebab baby Zair tidur (request nak ada air-cond, jadik bilik bakal pengantin je lah tempatnyer).. Ibu Zair apa lagi, ambil peluang jadi jurufoto amatur.. Zaman digital ler katakan... Tak risau filem abis... Inilah Maksu setelah di touch-up oleh Kak Ija...

  


 Debaran.... Menanti.. dan menanti....

Dah siap semuanya... Orang kampung pun dah sampai.. Tunggu rombongan pihak lelaki pula.. Maksu, tak mau keluar sebab katanya "Malu leh Mak Teh.. over tak?..." Tak laaa... sesekali dalam hidup, apa salahnyer...



Ikatan Termeterai....

Alhamdulillah.. akhirnya, cincin tersarung ke jari.. Juga tanda restu dari pihak lelaki...

Macam salah jari jek.. Hehehe

Eh.. dua-dua jari manis disarung yea... Hebat..

Besar senyuman yea...

Dengan keluarga pihak lelaki..



Selamat... Selesai sudah...

Berbalas Hantaran.....

Inilah wakil dari pihak perempuan dan pihak lelaki.. Majlis ini buat di rumah Pak Uda.. (abang Emie).. Tapi syukur kerana orang-orang sekampung sudi hadir walaupun jauh bagi memeriahkan lagi majlis ini.. Terharu.. Inilah ikatan hati orang dulu-dulu.. Walau jauh, demi ikatan persaudaraan sesama Islam, mereka hadir.. Terima kasih...

Sesi berbalas pantun.... :)

Setuju....

Kek sama laaaa.. Secret recipe..

Selesai Majlis Sarung Cincin...

Senyuman Kasih Ibu....

Insan paling bahagia hari itu, mestilah ibu/bonda tersayang.... Lihatlah senyumannya dibelakang tu.. senyum lebar... Bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan akhirnya dapat melihat anak bongsu mengikat tali pertunangan.. Alhamdulillah....

Tengok mak tu... dari belakang dah senyum...

Kenangan Terindah...

Kasih sayang mu ibu.. bawa ke syurga...

Semoga Bahagia Ke Syurga...

 Ini lah pasangannya... Wan.. (lupa lak nama penuh)... Harapan seorang kakak.. Semoga bakal suami Maksu ini dapat membimbing Maksu menjadi isteri solehah... Dan menjadi sebuah keluarga sakinah.. InsyaAllah...

"Ya Allah.. Restulah mereka berdua.. di dunia dan akhirat.."