Friday 22 July 2011

Floria Putrajaya 2011

Floria kembali lagi... Bestnyer tahun ini, bunga favourite 'rose' jadi tema... Alhamdulillah sepanjang jalan2 di floria cuaca tak begitu panas... Seronok dapat cuci mata melihat keindahan ciptaan Allah...


bersedia untuk menjelajah di sekitar Floria 2011 

terpegun melihat spesis bunga kemboja yang mekar.. termenung lihat harganya.. hehehe

tengok tu... buah strawberi.. gerammm..

antara taman berhias yang dilawati
 
indahnya ciptaan Allah...
  
macam biasa... KopieSatu... basahkan tekak.. relax jap..

sukanye tengok bunga-bunga nie...

Saturday 16 July 2011

Akhirnya, kami berlima bersatu...

Rasanya tidak lengkap kalau potret kami tidak cukup ahlinya... Zair pun dah tujuh bulan... dah lama kami tidak pose bersama-sama... Akhirnya, tercapai gak hasrat untuk mengabadikan potret indah ini sebagai kenangan... Semoga Allah melindungi dan merahmati kami sekeluarga....


Zair bersama abah, ibu, kakak jihan dan abang hafiy...
 
Sukanya kakak bergambar dengan adik-adik tersayang.. tapi yang paling happy, mestilah zair iman..
 
Ini kami pose baik punyer... abah mana?... tengah snap gambar kamilah....
 
Errmmm, macam nak terbang je nie...


Thursday 14 July 2011

Warna Kehidupanku...

“apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita” – ayatcinta.wordpress


hikmah dalam setiap dugaan yang kita lalui ialah... akan diberi Allah kebahagiaan pada setiap kedukaan yang kita alami jika kita redha dengan qada’ dan qadarNya.. mungkin kita yang tidak perasan.. kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, terlalu merasa sedih dan gundah-gulana serta merasakan dunia akan berakhir waktu itu juga....

merenungi kehidupan ayah dan bonda.. rasa kagum.. betullah kata-kata hikmah.. “Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya”.. Terdapat banyak rahsia dan hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan... Bersyukur kerana masih ‘diingatkan’ Allah dari segala kelalaian dan keseronokan dunia...

Semoga Allah merahmati hidupku bersama-sama insan yang kusayangi.. mak, abah, kakak, abang dan adik.. dan yang terpenting.. suamiku dan anak-anak ku yang tersayang... Amin....


Termeterai sebuah janji dengan restu ayahbonda tercinta..

Wajah kesayanganku..
  
Wajah kesayanganku...

Hadir sebagai pelengkap kebahagiaan kami...

Wajah-wajah insan yang sentiasa dihati...




Tuesday 5 July 2011

Cinta..Mawaddah..Rahmah..Amanah..

Semoga menjadi panduan dan pedoman kita dalam mengharungi hidup berumahtangga.. InsyaAllah...
Artikel ini dipetik dari Majalah Anis 2005..

Dalam memperolehi sebuah rumahtangga yang bahagia, empat perkara harus ada dalam sebuah perkahwinan iaitu : cinta, mawaddah, rahmah dan amanah.

CINTA
Perasaan yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia… Rasa cinta biarlah dijana oleh cinta kepada Allah… Sekiranya rasa cinta sudah luntur, pasangan jangan mudah hilang pedoman. Jangan membuat keputusan yang tidak bijak.. Masalah itu hendaklah diatasi dengan penuh berhikmah, matang, sabar lagi bijaksana

MAWADDAH
Perasaan kasih dan sayang. Mawaddah adalah kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak yang buruk. Orang yang sekadar cinta tapi belum mawaddah, seringkali dilanda kecewa dengan fi’il dan ragam kekasihnya hingga rasa cinta itu beransur pudar bahkan putus sama sekali. Mawaddah tidak begitu.. InsyaAllah perhubungan tidak akan putus kerana mawaddah itu bagai benteng yang menutup penglihatan dan pandangan dari segala keaiban dan keburukan pasangan, baik lahir mahupun batin

RAHMAH
Belas kasihan, timbul rasa belas kasihan (rahmah) didalam hati suami atau isteri terhadap pasangan masing-masing tatkala melihat ketidakberdayaan sehingga mendorong untuk membetul, menolong dan membimbingnya. Dalam tahap ini, masing-masing akan bersungguh-sungguh bahkan sanggup bersusah payah demi mendatangkan kebaikan kepada pasangan serta menolak segala yang mengganggu gugat atau yang memungkinkan mengeruhkan hubungan mereka. Bahkan mereka saling perlu-memerlu, kuat-menguat, tutup-menutupi dan bantu-membantu

AMANAH
Faktor yang paling penting di dalam sesebuah perkahwinan. Isteri adalah amanah di dalam pelukan suami manakala suami adalah amanah dipangkuan isteri. Adalah tidak mungkin ibu bapa dan keluarga masing-masing (khasnya keluarga isteri) akan merestui sesebuah perkahwinan tanpa adanya rasa aman tenteram itu. Begitu juga jalinan hubungan di antara suami/isteri. Ia tidak akan berlaku tanpa adanya rasa aman dan tenteram dan percaya kepada pasangannya…