Sunday 14 August 2011

Kenapa yea?..

Kenapa yea?... semakin kita berdoa agar dijauhkan dari segala perkara yang tidak disukai, semakin hampir perkara itu kepada kita... Seperti lubang yang jerlus tanahnya... yang semakin hari semakin dalam.. semakin banyak yang dapat diketahui..

Mungkin disebabkan oleh kelemahan diri sendiri.. yang banyak membantu jerlusnya tanah tersebut... kerana sifat manusia.. perasaan ingin tahu dan sebagainya... mungkin di satu sisi, puas kerana tidak perlu berteka-teki tetapi di sisi yang lain pula, hilang ketenangan diri...

Kenapa yea?.. terlalu banyak sangat yang ingin diketahui... kenapa yea?.. masih ingin mencari... mungkin, masa bukan pengukur yang kita arif mengenainya... sebenarnya, masih banyak yang belum tergali.. masih banyak yang belum kita ketahui... yang mana, kita tidak pasti, adakah kita sanggup untuk menggalinya lagi... kerana, setiap galian itu memerlukan kekuatan untuk menghadapinya... jadi?.. perlu kah berhenti menggali?... agar tenang dihati..... wallahu'alam...

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Thursday 11 August 2011

Pesan Emak.....

Emak merupakan antara insan yang paling rapat dengan diri ini... Emak selalu menjadi pendengar setia dan tempat untuk berkongsi rasa... untuk bergelak, bergossip, bersedih dan sebagainya.... bercerita tentang perjalanan hidup pada mak dah sebati dalam diri... ada saja yang hendak dikongsi... ada sahaja cerita yang hendak diberitahu.. dari kecil hinggalah ke asrama, masuk kampus dan berumahtangga... dulu masa bujang, mak pernah kata "tak perlu risau sangat dengan anak yang sorang ni walaupun belajar dan bekerja jauh dari keluarga kerana tahu semua apa yang dilakukan.. takde rahsia..." .. iye ker?..

Emak bukan sekadar mendengar.. tapi banyak diselitkan teguran-teguran dan nasihat yang berguna yang menjadi panduan sehingga akhir hayat... tak tahu kenapa suka bercakap dengan mak... kerana mak adil dalam memberi nasihat dan pendapat.. apa yang betul, mak minta teruskan tapi mana yang salah, mak akan tegur dan minta diubah... kerana mak tahu apa kelebihan dan kelemahan anaknya.. mak dah masak dengan perangai anaknya.... dan yang penting, mak dah banyak melalui pengalaman.. dan semua nasihat yang diberikan adalah mengikut pengalaman mak sendiri....

Pesan mak...

- "zie, bila kita ingin buat sesuatu perkara.. lakukan lah dengan niat dari hati.. bukan dari paksaan dan suruhan orang lain... sebab bila kita jujur dengan diri sendiri, kita akan mendapat kebahagiaannya.."
- "zie, bila terfikir sesuatu yang tidak baik, cepat-cepatlah beristighfar dan berzikir agar perkara tersebut tidak mempengaruhi diri.."
- "zie, jangan ambil ringan pada semua perkara.. terutama dalam hal rumahtangga... jadilah isteri yang menyenangkan suami.. rajin.. dan bersyukur.."
- "zie, jangan diambil kesempatan atas kebaikan suami.. kerana diluar sana lebih ramai wanita yang lebih baik, solehah berbanding diri sendiri.."
- "zie, mungkin dah ditakdirkan hidup sebagai seorang isteri, akan melalui banyak dugaan.. yang banyak menguji kesabaran dan ketahanan diri seorang isteri... banyak-banyaklah bersabar.."
- "zie, kuatkan hati.. kuat bukan untuk melawan.. tapi kuat dalam menerima segala dugaan.. agar diri menjadi kebal.. tak mudah melatah, tak mudah menangis agar dapat meneruskan hidup dengan lebih sempurna.."
- "zie, jangan terlalu difikirkan sangat apa yang berlaku... lupakanlah dari fikiran walaupun perkara itu sukar untuk dibuang dari hati sendiri... simpanlah sahaja dalam hati dan serahkan pada Allah.."
- "zie, sibuk-sibukkan diri dengan aktiviti sendiri... biar tiada masa untuk berfikir ke arah masalah tersebut.. banyak perkara yang boleh dilakukan..."
- "zie, jangan rasa bersalah jika ada perasaan cemburu dalam hati.. bersyukurlah kerana ia menunjukkan kita masih sayang pada insan yang hampir pada kita.. tapi bila sampai satu masa kita tidak merasai apa-apa.. dan tidak kisah dengan apa yang berlaku, itu tandanya telah hilang kasih-sayang dalam hati.."
- "zie, apa yang kita lakukan, lakukan lah dengan pertimbangan yang waras.."
- "zie, banyak-banyak lah berdoa agar Allah tetapkan hati.. diberi ketenangan.. diberi kekuatan.."
- "zie, jangan terlalu berharap orang lain akan jadi seperti kita.. melakukan seperti yang kita lakukan kerana kita akan kecewa.. kita teruskan apa yang kita lakukan, asal kita rasa apa yang kita lakukan itu masih dilandasanNya.."
- "zie, jangan terlalu berharap orang lain faham dan rasai apa yang kita rasa.. redhalah dengan apa yang berlaku kerana setiap itu ada hikmahnya..."
- "zie, teruskan hidup ini... "

itu lah antara pesanan mak yang banyak melembutkan jiwa.. banyak mendidik jiwa agar menjadi insan yang lebih sempurna.. memang adakalanya seperti tidak dapat menerima teguran, tapi teguran itulah yang paling mujarab... kadangkala rasa ajaib bila mak dapat memberi nasihat dengan tenang.. dapat mengawal diri anaknya.. dan itulah.. kuasa seorang ibu.. yang Allah anugerahkan kepada semua wanita yang bergelar ibu.....

Semoga Allah memberi kesihatan pada mak... agar dapat melakukan ibadah kepadaNya.. diberi ketenangan dalam menempuh hidup bersama anak-anak setelah abah kembali ke rahmatullah... Sukar rasanya untuk membayangkan suatu hari nanti, emak akan pergi jauh dari diri.. masih adakah insan lain yang memahami segala apa dalam diri seperti mana mak.. yang dapat menerima kelemahan diri.... yang sudi mendengar celoteh dan luahan... semoga Allah memberi kekuatan dalam diri.. InsyaAllah..