Monday 8 August 2011

Muhasabah - Hijrah Diri...

Orang selalu kata, pengalaman mematangkan diri... betullah tu.. apa jua yang kita lalui adalah untuk menjadikan kita insan yang lebih matang, tabah, kuat dan bersemangat.. Adakalanya pengalaman itu kita sedar dan adakalanya kita tak perasan pun... Kadangkala sesuatu pengalaman yang kita lalui, tak kira pahit atau manis akan membuatkan diri kita berhijrah dari satu tahap ke tahap yang lain... Tapi tak pasti, adakah hijrah itu bertambah baik atau bertambah tidak baiknya.. Apa yang diharap, hijrah diri adalah ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah...

Adakalanya dengan pengalaman itu, kita dapat memahami orang lain.. Apa yang disukai, adakah apa yang kita lakukan selama ini selari dengan pemikirannya atau sebagainya.... Dan, baru kita faham.. oohhh.. rupa-rupanya selama ini kita terkongkong dengan diri sendiri.. takut pada diri sendiri dan merasakan orang lain juga merasai apa yang kita rasa... Adakalanya benar dan adakalanya itu mainan perasaan sahaja....

Bersyukur pada Allah dengan pengalaman yang diberi... Baru terasa bahawa selama ini diri terlalu takut pada manusia... bukan pada Allah Yang Esa... fikiran terlalu dikongkong oleh kisah-kisah yang menjadi trauma besar dalam diri... dihantui oleh pengalaman-pengalaman yang menjadikan hati semakin keras.. disaluti oleh dongengan-dongengan yang menjadi nanah dalam diri....

Dunia ini hanya sementara dan orang disekeliling kita hanyalah pinjaman sementara... Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali... Tak perlu dirisaukan sangat apa yang berlaku, tak perlu difikirkan sangat dengan dongengan yang akan pasti menjelma sehinggalah mata tertutup rapat....

Terima kasih pada pengalaman ini... baru tersedar bahawa kita sebagai hambaNya yang kerdil tidak akan dapat menikmati semua keinginan kita... Kita akan lebih rasa sedih dan berduka... Kerana apabila kita meminta pada manusia, kesedihan yang kita akan perolehi.. mintalah pada Allah....

Hati menjadi lebih tenang apabila pasrah itu hanya pada Allah.. takut itu hanya pada Allah.. dan semua perkara itu adalah dengan keizinan Allah... Diserahkan semua urusan pada Allah setelah kita berusaha dan berdoa.. Dilepaskan semua bebanan dalam hati dan bertawakal padaNya.... Alhamdulillah.. satu semangat lain muncul dan memberi keyakinan dalam diri...

InsyaAllah, dengan keyakinan pada kekuasaanMu Ya Allah.. Hambamu ini yakin dapat melaksanakan amanah didunia ini dengan sebaik-baiknya... Apa yang dirasai sekarang?.. Ingin membuat yang terbaik untuk diri agar segala yang dilaksanakan mendapat keberkatanNya.. dibuang jauh-jauh semua perasaan sedih, marah, dengki, irihati dan sebagainya kerana yakin, setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah dengan izinNya.. dan Allah tahu yang terbaik buat hambaNya... dan.. diserahkan segala urusanku padaNya... hanya Allah yang dapat membalas segalanya...

Alhamdulillah.. terasa 'ringan' diri ini apabila redha dengan apa yang berlaku.. 'dilepaskan' semuanya kepada Allah... semoga ketenangan ini sentiasa mengiringi kehidupan yang penuh warna-warni ini....

No comments:

Post a Comment