Tuesday 5 July 2011

Cinta..Mawaddah..Rahmah..Amanah..

Semoga menjadi panduan dan pedoman kita dalam mengharungi hidup berumahtangga.. InsyaAllah...
Artikel ini dipetik dari Majalah Anis 2005..

Dalam memperolehi sebuah rumahtangga yang bahagia, empat perkara harus ada dalam sebuah perkahwinan iaitu : cinta, mawaddah, rahmah dan amanah.

CINTA
Perasaan yang dikurniakan Allah kepada setiap manusia… Rasa cinta biarlah dijana oleh cinta kepada Allah… Sekiranya rasa cinta sudah luntur, pasangan jangan mudah hilang pedoman. Jangan membuat keputusan yang tidak bijak.. Masalah itu hendaklah diatasi dengan penuh berhikmah, matang, sabar lagi bijaksana

MAWADDAH
Perasaan kasih dan sayang. Mawaddah adalah kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak yang buruk. Orang yang sekadar cinta tapi belum mawaddah, seringkali dilanda kecewa dengan fi’il dan ragam kekasihnya hingga rasa cinta itu beransur pudar bahkan putus sama sekali. Mawaddah tidak begitu.. InsyaAllah perhubungan tidak akan putus kerana mawaddah itu bagai benteng yang menutup penglihatan dan pandangan dari segala keaiban dan keburukan pasangan, baik lahir mahupun batin

RAHMAH
Belas kasihan, timbul rasa belas kasihan (rahmah) didalam hati suami atau isteri terhadap pasangan masing-masing tatkala melihat ketidakberdayaan sehingga mendorong untuk membetul, menolong dan membimbingnya. Dalam tahap ini, masing-masing akan bersungguh-sungguh bahkan sanggup bersusah payah demi mendatangkan kebaikan kepada pasangan serta menolak segala yang mengganggu gugat atau yang memungkinkan mengeruhkan hubungan mereka. Bahkan mereka saling perlu-memerlu, kuat-menguat, tutup-menutupi dan bantu-membantu

AMANAH
Faktor yang paling penting di dalam sesebuah perkahwinan. Isteri adalah amanah di dalam pelukan suami manakala suami adalah amanah dipangkuan isteri. Adalah tidak mungkin ibu bapa dan keluarga masing-masing (khasnya keluarga isteri) akan merestui sesebuah perkahwinan tanpa adanya rasa aman tenteram itu. Begitu juga jalinan hubungan di antara suami/isteri. Ia tidak akan berlaku tanpa adanya rasa aman dan tenteram dan percaya kepada pasangannya…


No comments:

Post a Comment